Sunday, October 5, 2008

selepas raya

sempena hari raya ni aku ada satu cerita sadis yang aku nak kongsi bersama.satu kejadian yang tidak pernah disangka telah berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke kuala lumpur dari ipoh.tayar celup pajero ayah aku pecah kat highway sungkai-slim river.sebenarnya macam ni,kebiasaannya kami pulang berhari raya di kampung dengan dua kereta.kalau satu kereta macam tak muat.tapi tahun ni lain sikit,ayah aku nak bawak satu kereta je sebab tahun ni dia nak jimat minyak dan duit tol.so dalam perjalanan pulang tu tayar pancit.panic jugak sebab tak pernah jadi pun dalan sejarah pulang hari raya,selalu tengok orang kene je kat tepi jalan.ni kene kat batang hidung sendiri pulak.yang bestnya kitorang kena DUA kali!!.hahaha




teruk la berhenti tepi jalan.dah la tak pernah bukak tayar pajero.ketat skru dia.masa 1st tu dah tukar kira lega la,lepas tu dalam 3km terkena lagi.tayar pecah lagi.pecah yang sama.tak faham kenapa.call PLUS lepas 10min PLUS pun sampai dan pegawai tu nasiha kan supaya kami keluar ke exit;slim river dan terus ke kedai tayar yang berhampiran.(tmpt kejadian 10 tapak je ke exit tu).kitorang bertawakal je bawak pajero tu sampai je kedai tayar.tukar tayar belakang 2 bijik sampai rm755 fuh.tapi takpe.satu pelaburan jangkamasa panjang.

p.s,baru je baca kes tayar kereta moqh pecah sebelum raya tu hari

No comments: