Saturday, September 13, 2008

sabtu 1.05pagi


(hari ni aku nak menulis)
lepas berbuka pukul 9.21 hari ni ,aku ngan kekasih pegi downtown cheras.masyallah punya lah ramai orang.mentang-mentang lah hari ni hari sabtu malam minggu.semua nak pegi shopping raya lah konon.yang kekasih aku ni nak beli lampu hiasan bilik la.apa la.aku sempat beli air tin milo je.ramai orang berpusu-pusu sampaikan kekasih aku asik berlaga dagu kat bahu suami orang (padahal sekali je.hahah kelaka weh!).dengan bau masam sana sini aku pun tak tahu datang dari mana bau masam tu.dah pusing abis pasar tu aku pun nak balik sebab malam ni nak balik rumah nenek aku kat ampang.kesian dia tunggu aku lama-lama sebab aku takda kunci rumah.jalan kaki ke stesen minyak bhp.paking jauh.nak keluar ke bandar tasik permaisuri tu punya lah sesak dengan kenderaan.bila dah lepas,bila dah anta kekasih aku.aku pun terus pecut laju menyusuri jalan.sampai kat simpang lampu isyarat depan vila tasik,kereta aku terhenjut-henjut.aku dah syak dah.tak da lain ni..MINYAK ABIS.aku pun kaget.bawa ke tepi jalan,cepat-cepat matikan enjin.konon nak saving minyak la.aku pun telefon kekasih aku tadi suruh standby ngan botol.
selepas tu aku cuba start enjin semula.aduh,tak boleh pulak.apa dah jadi.abis minyak terus ke? cuba,cuba dan terus mencuba, tak boleh jugak.kaget gila.lepas tu aku terpandang kat gear (kereta ni auto),yarabbi,batang gear tu menunjuk kan arah D. memang lah tak boleh start.wahahahaii.lepas tu aku cuba start balik.boleh pun.aku bawak perlahan-lahan.sampai kat depan ada stesen minyak.sampai je kat simpang 4 tu,kali ni betul-betul abis minyak tak leh start-start dah.nasib baik ada 2 botol mineral kat bonet.jalan kaki seberang jalan isi 4 botol (2x trip $7.20x2).memang pengalaman yang menarik di bulan ramadhan.

*kekasih=diba


p.s,sekarang trend gambar oldschool.aku pun try

4 comments:

Kas Hariz said...

haram..haha..

taufiq shariff said...

kau nampak kacak dengan gaya rambut begitu

Amak said...

aku dah igt dah nama kedai tmpat kita beli sweater tu.

namanya kedai sweat sweat.

igt lagi tak?

Si Penanya (?) said...

hahahaha. pedajal orang guna natang ni mmg best kot. tak tido malam aku main2 dgn benda nih.